Istimewanya menjadi penghuni asrama anak yatim Nurul Ihsan, selain daripada menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar, anak anak yatim juga didedahkan dengan aktiviti penternakan, pengeluaran produk dan juga bengkel besi dan membaiki kenderaan. Projek ini menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan kepada anak yatim Nurul Ihsan.
Antara ternakan yang ada di Asrama Anak Yatim Nurul Ihsan adalah seperti ternakan ikan keli, burung walit,dan ternakan kambing
Selain itu, di Asrama Anak Yatim Nurul Ihsan juga terdapat blok penginapan dan homestay bagi sesiapa yang ingin menyewa untuk melakukan aktiviti di dalam asrama ini. Sehingga kini kebanyakkan yang menyewa adalah pelajar pelajar daripada universiti yang datang untuk mengadakan aktiviti universiti,
Asrama Anak Yatim juga akan membuka sebuah kedai menjual ikan segar.





No comments:
Post a Comment